Selamat Datang ke Blog Kelab Senamrobik SMK Puteri Seremban. Blog ini adalah hak milik Kelab Senamrobik SMK Puteri. Oleh: Iqin Ismail
RSS

Pengenalan Kelab Senamrobik SMK Puteri

Kelab Senamrobik SMK Puteri merupakan sebuah kelab permainan atau sukan yang baru ditubuhkan pada tahun ini, 2009. Matlamat kelab ini ditubuhkan adalah untuk melahirkan warga sekolah khasnya para pelajar yang sihat and aktif bagi menjalani kehidupan yang sejahtera sesuai dengan misi kelab ini iaitu "Melahirkan Generasi yang Sihat dan Cerdas".


Bagi membekalkan ahli-ahli kelab dengan senaman atau teknik-teknik melakukan senam robik yang betul, kelab Senamrobik SMK Puteri mempunyai seorang jurulatih tetap yang akan hadir pada setiap perjumpaan dan menjalankan aktiviti senamrobik bersama-sama ahli kelab. Dari semasa ke semasa, gerakan berirama yang baru akan diajarkan kepada ahli-ahli kelab supaya menarik minat para pelajar untuk menyertai aktiviti yang dijalankan dengan lebih aktif di samping menunjukkan komitmen sebagai ahli terhadap kelab senamrobik ini.


Tambahan lagi, Senamrobik SMK Puteri merupakan satu-satunya kelab sukan atau permainan yang mempunyai seramai lebih kurang 300 orang pelajar dan justeru itu meletakkan kelab Senamrobik SMK Puteri sebagai kelab yang terbesar di SMK Puteri. Oleh itu, setiap perjumpaan Senamrobik diadakan di Dataran Perhimpunan Sekolah.

0 comments:

Post a Comment