Selamat Datang ke Blog Kelab Senamrobik SMK Puteri Seremban. Blog ini adalah hak milik Kelab Senamrobik SMK Puteri. Oleh: Iqin Ismail
RSS

Laporan aktiviti Senamrobik 5 Mei 2010

0 comments

Pengenalan Kelab Senamrobik SMK Puteri

Kelab Senamrobik SMK Puteri merupakan sebuah kelab permainan atau sukan yang baru ditubuhkan pada tahun ini, 2009. Matlamat kelab ini ditubuhkan adalah untuk melahirkan warga sekolah khasnya para pelajar yang sihat and aktif bagi menjalani kehidupan yang sejahtera sesuai dengan misi kelab ini iaitu "Melahirkan Generasi yang Sihat dan Cerdas".


Bagi membekalkan ahli-ahli kelab dengan senaman atau teknik-teknik melakukan senam robik yang betul, kelab Senamrobik SMK Puteri mempunyai seorang jurulatih tetap yang akan hadir pada setiap perjumpaan dan menjalankan aktiviti senamrobik bersama-sama ahli kelab. Dari semasa ke semasa, gerakan berirama yang baru akan diajarkan kepada ahli-ahli kelab supaya menarik minat para pelajar untuk menyertai aktiviti yang dijalankan dengan lebih aktif di samping menunjukkan komitmen sebagai ahli terhadap kelab senamrobik ini.


Tambahan lagi, Senamrobik SMK Puteri merupakan satu-satunya kelab sukan atau permainan yang mempunyai seramai lebih kurang 300 orang pelajar dan justeru itu meletakkan kelab Senamrobik SMK Puteri sebagai kelab yang terbesar di SMK Puteri. Oleh itu, setiap perjumpaan Senamrobik diadakan di Dataran Perhimpunan Sekolah.
0 comments

Logo Kelab Senamrobik SMK Puteri


Logo
0 comments

Tema Kelab Senamrobik SMK Puteri


Hidup Sihat Minda Cergas
0 comments

Carta Organisasi Kelab Senamrobik 2010


Carta Organisasi Kelab Senamrobik 2010

Guru Penasihat

Encik Chin Loi Chai


 Puan Zainun Bte Haji Othman

Puan Jaswinder Kaur


Pengerusi            :  Norasyiqin Bte Ismail
Naib Pengerusi   :  Koh Su San
Setiausaha           :  Jasreen Kaur a/p Jaswant Singh
Naib Setiausaha  :  Rini Azmeera Bte Khairi
Bendahari            :  Syabana Nusrat Bte Amir Firdaus
Naib Bendahari   :  Oon Li Voon

AJK Tingkatan
  • Tingkatan 5 : Jasminder Kaur a/p Pavgan Singh
  • Tingkatan 4 : Nur Heidi Bte Khairi
  • Tingkatan 3 : Bavithra a/p Ganasan
  • Tingkatan 2 : Kunashiny a/p Ramash
0 comments

Takwim 2009 (selesai)

Seperti yang dirancang, aktiviti-aktiviti dalam Takwim yang berikut telah dilaksanakan dengan jayanya.

TAKWIM 2009

FEBRUARI 2009

Perjumpaan pertama tahun 2009 dimulakan dengan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi.
Selain itu, ahli-ahli senam robik bersama-sama para AJK telah mengadakan perbincangan untuk aktiviti yang akan dijalankan.

....................................................

MAC hingga JULAI 2009


Aktiviti yang dijalankan dalam Bulan Mac sehingga Julai ialah aktiviti senam robik dan poco-poco.


.....................................................

OGOS                              

Mesyuarat Agung untuk memilih Ahli Jawatankuasa sesi 2010.
0 comments

Moto Kelab Senamrobik


Kesihatan Menjamin Kesejahteraan
0 comments

Misi Kelab Senamrobik SMK Puteri


Melahirkan generasi


yang


sihat dan cerdas
0 comments

Visi Kelab Senamrobik SMK Puteri

Melahirkan individu

yang

mengamalkan dan
mempraktikkan

senaman

dalam

kehidupan seharian

0 comments